Selasa, 2 April 2013

~Kenapa Wujudnya Jeragat??~

Jeragat ialah tompok~tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul menjadi coklat muda atau coklat tua. Kadangkala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok,baik di pipi mahupun di dahi atau dagu.Jeragat biasanya boleh di pudarkan atau di kurangkan ,tetapi tidak boleh dipulihakn sama sekali.

Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaiti seborrhoeic keratoses,melasme dan skin tag.  Seborrhoeic keratoses ialah timbuk seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaanya ada pada ketiak dan leher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

PENYEBABNYA : 

  1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen
  2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus
  3. Gelisah dan tidak cukup tidur
  4. Menggunakan mekap yang tidak berkualiti dan bermutu rendah
  5. Disebabkan oleh masalah limpa
  6. Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma"
  7. Penggunaan pil perancang 
  8.  Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat.
  9.  tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.
  10. Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
RAWATAN MODEN:
  1. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan "skin care" dan barangan mekap yang mengandungi "sunscreen" iaitu bahan pelindung matahari.
  2. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.
  3. pastikan barangan mekap anda pakai bermutu tinggi. 
  4. Urutan pada muka anda boleh merangsangkan peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.
  5. Elakkan dari menggunakan skincare yang boleh menghakiskan kulit,hindari dari produk2 yang mengandungi bahan2 hidrokinon ..selalunya bahan2 seperti ini terdapat pada toner dan krim malam .
  6. Sebenarnya jeragat ini boleh dirawat dari dalam menggunakan/mengamalkan suplement2 untuk kulit..ingin ketahui supplement untuk jeragat?? boleh pm http://www.facebook.com/chumipinkishbeauty atau watsap/msg 0179331908

Tiada ulasan:

Catat Ulasan